Ada soalan-soalan lain? Sila lihat soalan-soalan lazim di bawah untuk mendapatkan jawapan anda
1.
Bilakah saya akan menerima bayaran tuntutan saya?
Setelah semua dokumen lengkap dihantar dan dinilai oleh jabatan tuntutan Pacific & Orient Insurance, tuntutan anda biasanya akan diluluskan atau ditolak dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.
2.
Kenapa jumlah bayaran tuntutan adalah berbeza dari yang tertera di lampiran manfaat-manfaat produk?
Jumlah yang dibayar terpulang kepada jenis kemalangan dan keadaan tuntutan tersebut, tambahan pula dengan dokumen dokumen yang ezInsurance terima daripada pihak berkuasa, contohnya pihak polis, laporan perubatan dan jangka masa di hospital. Untuk Penerangan lanjut, sila hubungi pihak Pacific & Orient Insurance, bahagian tuntutan untuk maklumat terkini.
3.
Sudah 2 minggu semenjak saya menghantar tuntutan, tetapi saya belum mendapat sebarang khabar berita.
Secara umumnya, ezInsurance memerlukan 14 hari berkerja untuk memproses segala tuntutan yang ada selepas menerima dokumen lengkap anda. Adalah berkemungkinan masih terdapat dokumen sokongan yang diperlukan daripada pihak berkuasa. Jika anda tidak menerima apa apa maklum balas daripada pihak Pacific & Orient Insurance, anda boleh menghubungi bahagian tuntutan di +603 2698 5033 atau hubungi ezInsurance di 1300 82 0011 untuk maklumat terkini. Kami sedia membantu.
4.
Kenapa tuntutan saya ditolak?
Keputusan untuk meluluskan ataupun menolak tuntutan adalah berdasarkan dokumen sokongan yang diterima daripada pihak pelanggan (anda). Dengan dokumen tersebut, pihak Pacific & Orient Insurance akan menilai semula kemalangan dan membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak tuntutan tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak bahagian tuntutan Pacific & Orient Insurance di talian +603 2698 5033.
5.
Jika tuntutan saya ditolak atau saya tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, bagaimana saya boleh membuat rayuan?
Sebagai pengendali polisi induk yang bertanggungjawab, kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa anda boleh membuat rayuan kepada Mediator Rasmi,
Ombudsman For Financial Services (OFS). Anda boleh menghubungi mereka di:
Ombudsman For Financial Services (OFS) (Formerly Known as Financial Mediation Bureau) Level 14, Main Block,
Menara Takaful Malaysia
No 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur
Tel: 03-2272 2811
Fax: 03-2272 1577
Email: [email protected]
6.
Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menyokong tuntutan saya?
Sila rujuk kepada langkah 1 dan 2 untuk dokumen yang lengkap. Sila sedia maklum bahawa berkemungkinan kami akan memerlukan dokumen tambahan semasa menilai tuntutan anda.
7.
Bagaimana bayaran akan dibuat?
Bayaran kaan dibuat melalui pindahan Giro kepada akaun bank anda. Anda dikehendaki melengkapkan dokumen e-bayaran di langkah 1 untuk tujuan tersebut. Bayaran hanya akan dibuat kepada pemegang Sijil Polisi Induk.